Jogging merupakan aktiviti senaman yang paling mudah untuk dilakukan tapi amat payah untuk mengamalkannya bagi sesetengah orang, memerlukan disiplin yang tinggi ,pada peringkat awal permulaan dulu perasaan malas dan tidak konfiden pada diri sendiri serta berbagai perasaan negetif akan merasuk fikiran, namun dengan tekad dan kemahuan yang berterusan maka ianya dapat dihindarkan dan sehingga kehari ini berjogging sudah menjadi satu rutin mingguan malah menjadi satu ketagihan jika tidak dilakukan.
… alhamdullilah setelah hampir 35 tahun melakukan aktiviti ini sehingga sekarang masih lagi mampu berjogging dan dapat melakukan sekurang kurangnnya seminggu tiga kali diwaktu pagi atau pun petang dengan berlari perlahan tanpa henti selama 30-40 minit yang memakan jarak lebih kurang 5 km dan berpatah balik dengan berjalan kaki pada jarak yang sama di ban taliair dengan berlatarkan sawah padi ....namun ianya bergantung kepada keadaan kesihatan semasa, keadaan cuaca, dan kadang kala mod juga memainkan peranan, berjogging dalam keadaan mod yang bercelaru tidak mendatangkan kepuasan yang maksima…
Tahun 2000 laluan belum di turap
View laluan 2020
View laluan 2020
… keletihan dan berkeringat semasa berjogging sambil menikmati suasana damai disepanjang trek yang berlatarkan sawah padi serta pemandangan yang menarik memberikan satu kepuasan dan nikmat yang tersendiri dan amat bermanfaat kepada tubuh badan secara menyeluruh, fizikal dan psikologikal…
No comments:
Post a Comment