tttt

Image by FlamingText.com Image by FlamingText.com

Tuesday, January 11, 2011

JOM BERJOGGING



PhotobucketJogging merupakan aktiviti senaman yang paling mudah  untuk dilakukan tapi amat payah untuk mengamalkannya bagi sesetengah orang, memerlukan disiplin yang tinggi ,pada peringkat awal permulaan dulu perasaan malas dan tidak konfiden pada diri sendiri serta berbagai perasaan negetif akan merasuk fikiran, namun dengan tekad dan kemahuan yang berterusan maka ianya dapat dihindarkan dan sehingga kehari ini berjogging sudah menjadi satu rutin mingguan malah menjadi satu ketagihan jika tidak dilakukan.

… alhamdullilah setelah hampir 35 tahun melakukan aktiviti ini sehingga sekarang masih lagi mampu berjogging dan dapat melakukan sekurang kurangnnya seminggu tiga kali diwaktu pagi atau pun petang dengan berlari perlahan tanpa henti selama 30-40 minit yang memakan jarak lebih kurang 5 km dan berpatah balik dengan berjalan kaki pada jarak yang sama  di  ban taliair dengan berlatarkan sawah padi ....namun ianya bergantung kepada keadaan kesihatan semasa, keadaan cuaca, dan kadang kala mod juga memainkan peranan,  berjogging dalam keadaan mod yang bercelaru tidak mendatangkan kepuasan yang maksima…


Tahun 2000 laluan belum di turap


View laluan 2020


View laluan 2020




… keletihan dan berkeringat semasa berjogging sambil menikmati suasana damai disepanjang trek yang berlatarkan  sawah padi serta pemandangan yang menarik memberikan  satu kepuasan dan nikmat yang tersendiri dan amat bermanfaat kepada tubuh badan secara menyeluruh, fizikal dan psikologikal…

Thursday, January 6, 2011

Geti Yang Semakin Dilupakan..


Geti atau Turi adalah sayur tradisional yang kurang diminati lagi dan semakin dilupakan. Pucuk atau daun mudanya kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.

Masak lemak pucuk Geti antara menu kegemaran aku..
Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai laksatif. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.

Pokok Geti (Turi) mudah dibiakkan dengan cara keratan batangnya. Keratan boleh ditanam terus ke tanah. Ia amat mudah hidupnya dan tidak memerlukan jagaan yang rapi. Di kampung, pokok ini ditanam sekitar rumah sebagai tanaman parak (dapur). Pokok ini juga mula ditanam sebagai tanaman hiasan dan bunganya yang berwarna putih dan merah sangat menarik

Tuesday, January 4, 2011

Jom Ke Taman Herba Tropika Telok Bahang..


Salah satu tarikan popular Pulau Pinang ialah Taman Herba Tropika (Tropical Spice Garden) di Teluk Bahang.
Keindahan alam semulajadi terserlah di taman herba ini. Alami suatu penggembaraan menerokai pelbagai jenis herba di tanah seluas 3.2 hektar ini.
Cara terbaik melihat tempat ini ialah dengan mengikuti tiga laluan khas yang disediakan. Antara taman yang terdapat di sini termasuk: Taman Air (Water Garden), Bilik Cyad (Cycad Room), Taman Pisang/ Heliconia (Banana/Heliconia Bank), Lereng Rempah-Ratus (Spice Terraces) dan Taman Buluh (Bamboo Garden).
Taman lain ialah Laluan Halia (Ginger Walk), Lereng Gula (Sugar Terrace), Lembah Hiasan (Ornamental Valley), Dinding Croton (Croton Wall), Laluan Pakis (Fern Walk) dan Denai Hutan (Jungle Trail).
Bagi penggemar tanaman herba, pasti teruja dengan pelbagai jenis tumbuhan unik dan dapat kita lihat sendiri dengan lebih dekat.