tttt

Image by FlamingText.com Image by FlamingText.com

Wednesday, November 24, 2010

LAMPU GARAM BUKIT



Penyelidikan saintifik dan empiric telah membuktikan lampu garam bukit mempunyai elemen biofizikal yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita melalui tiga proses iaitu:♦ Penghasilan ion negatif secara semula jadi    d    ♦ Penutralan dan pengimbangan frekuensi elektromagnetik.♦ Terapi cahaya bewarna (600-700 nanometer)




APAKAH ION NEGETIF
Berbilion-bilion ION negatif di hasilkan secara semulajadi melalui angin, cahaya matahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu ION negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. ION positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.
0 -100 -Dalam Bilik
0 - 200  -Dalam pejabat dengan sistem penghawa dingin.
20 - 250  -Dalam Pesawat
250 - 500  -Dalam Ruang Tamu
250 - 750  -Persekitaran perindustrian
Kuantiti ION negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkirkan bakteria dalam udara dengan cepat. Dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang lain.
kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam boleh meningkatkan ION Negatif (Vitamin Udara) sehingga 300% atau 3 kali ganda.





FUNGSI LAMPU GARAM
* Menutralkan dan  mempertingkatkan kualiti udara
* Mengurangkan pencemaran udara
 
* Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma
 
* Menyembuhkan luka
 akibat terbakar
* Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap
 perangsang deria.
* Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung
 di dalam udara yang ada di dalam  rumah
* Digunakan sebagai bahan terapi 
 penyinaran untuk meningkatkan imunisasi manusia.
* Melegkaan resdung
 (sinus), migrain, pening kepala, demam panas dan selsema. 
* Meningkatkan  tahap produktiviti kerja dan kosentrasi.
* Meningkatkan rapacity denyutan 
 jantung.
* Mengurangkan perasaan cemas dan berdebar-debar.
 

PENGGUNAAN LAMPU GARAM
* Tepi Katil - Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik
 dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik.
* Pejabat
 - Dapat meningkatkan tahap kosentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan.
* Bilik bacaan - Mewujudkan suasana yang menyegarkan
= dalam proses pembelajaran atau bacaan yang lebih lama.
*Tepi Komputer atau
  Meja Pejabat - Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasi daripada skrin monitor.
* Bilik Rawatan atau Terapi - Mewujudkan
 suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik.
* Ruang Rehat
 atau Ruang Tamu Samada di rumah mahupun di pejabat - menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni.
* Kawasan Merokok - Dapat
 menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat
* Feng Shui - Menambah
 tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik.


CARA PENJAGAAN
Batu garam mengandungi bahan "hygroscope"
* Bermakna ia mengeluarkan cecair dari persekitaran, oleh itu jauhkan ia daripada air.
* Letakkan di temapt kering atau hawa dingin pada setiap masa.
 
* Tidak sesekali meletakkan lampu di kawasan luar yang terdedah pada
 cahaya. Ia akan menyebabkan batu garam menjadi lembap. Dengan memasang lampu membolehkan ia kering dengan cepat.
* Lampu batu garam boleh dipasang
  setiap masa untuk pengudaraan yang bagus.
* Memasang lampu garam sentiasa
  bukan sahaja menghasilkan negatif ION tetapi ia menghindarkan kelembapan pada batu garam.
* Untuk membuang habuk pada batu garam, gunakan kain cotton
= atau span untuk mengelapnya.

* Untuk mengganti mentol lampu, tarik pemegang mentol dengan berhati-hati.

Friday, November 12, 2010

Perginya Seorang Sahabat..Al Fatihah..

..perginya seorang sahabat, rakan & teman...seorang insan mulia yang sukar dicari ganti...terasa airmata bergenang takala menerima berita duka ini...perjuangan mu agak berliku...bersemangat kental walaupun dalam kelemahan...bak sebatang lilin menerangi sekeliling tetapi diri sendiri terbakar...jasamu akan sentiasa disanjung dan dikenang...NAZLAN SUDIN 1963 - 2010...semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh mu...amin..

Thursday, November 11, 2010

..Hantu Bercerita..








Dua orang hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati:

Hantu 1 : "Bagaimana kau boleh mati?



Hantu 2 : "Aku mati akibat kesejukan..."

Hantu 1 : "Macam mana rasanya mati dalam kesejukan tu?"


Hantu 2 : "Sebenarnya aku terkurung di dalam peti es...., mula2 aku
Cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian
aku rasa dunia aku gelap, dan akhirnya.... ... tapi aku rasa
bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan......."

Hantu 1 : "Ishh... kesiannya kau"

Hantu 2 : "Kau pulak?, Macam mana kau boleh mati...?

Hantu 1 : "Aku kena serangan sakit jantung..."

Hantu 2 : "Ooooo....macam mana kau boleh kena serangan sakit jantung...?"

Hantu 1 : "Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari....,
aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut
lelaki dekat depan pintu...., Ku tahu isteri aku sedang
bermesra dengan jantan lain. Aku berlari masuk bilik kamar
tidur, cuma ada isteri aku..... aku tahu mesti jantan tu
bersembunyi dekat mana-mana..... aku lari masuk bilik air,
tak de juga, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok
dalam setor, pun tak ade, kemudian aku berlari naik ke
tingkat atas semula, tengok dalam almari... , sebab terlalu
penat aku berlari lalu aku kena sakit jantung.... memang
sakit dan akhirnya ....AKU.... MATIIII...."

Hantu 2 : "Alamak..... kau tak tengok dalam peti es.... kalau
tak....,kita berdua masih hidup lagi sekarang ni...."

Tuesday, November 9, 2010

PANTANG LARANG MAKAN ORANG MELAYU ZAMAN DAHULU.

Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan semasa makan sama ada dirumah ataupun majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga menjaga sopan santun orang Melayu.Tapi kekadang Orang Melayu buat buat lupa dan anggap benda benda tu tahyul tapi ianya sekadar nak menipu anak anak masa kecil , yelah , kalu cakap benda yang betul pun manalah budak budak kecil nak faham ,Inilah serba sediki pantang larang orang tua tua pasal makan:-

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1-Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2-Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3-Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4-Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5-Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6-Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7-Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8-Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9-Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10-Makan pinggan bertindah nanti beristeri dua.
11-Makan sambil berjalan nanti akan dapat penyakit perut.
12-Makan buah berangan songsang nanti lambat dapat jodoh.
13-Makan nasi disenduk nanti payah dapat rezeki.
14-Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Monday, November 1, 2010

Jom Pekena Doli Taiping


Inilah restoran doli yg terletak di bandar Taiping,Perak.Makanan yang dikira speacial kat sini ialah koey teow goreng,ianya dimasak dengan dapur arang.Ala zaman 50an.Rasanya pun sedap.Nasi ayam pun best jugak...lain dari yg lain.Menu lain pun ada jugak.Harga memang berpatutan.So kalau anda ke Perak singgah le ke Taiping pekena DOLI.

Thursday, October 28, 2010

 


Subhanallaah..! Mayat Mbah Maridjan Sedang Sujud...


YOGYAKARTA: Penjaga 'kunci' Gunung Merapi Mbah Maridjan alias Mas Penewu Suraksohargo akhirnya tumpas kepada debu panas merapi yang memuntahkan laharnya lewat petang Selasa.

Kematiannya disahkan oleh Raja Kraton Yogyakarta, Sri Sultan HamengkuBuwono X yang menghantar adiknya untuk membuat pengecaman ke atas jenazah Mbah Maridjan.

Pelantikan Mbah Maridjan sebagai 'penjaga' Gunung Merapi merupakan sebahagian daripada adat turun temurun Kesultanan Jawa sejak dahulu kala lagi.

Allahyarham dilantik sebagai pemegang kunci gunung tersebut oleh ayahanda kepada Sultan HamengkuBuwono X iaitu Sri Sultan HamengkuBuwono IX.

Sejarah kuno Jawa percaya, penjaga gunung ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan tuannya iaitu gunung berapi tersebut.

Atas sebab itu jugalah nama Mbah Maridjan menjadi popular ketika Gunung Merapi meletus pada tahun 2006. Ia bersama sejumlah warga Kinahrejo Kecamatan Cangkringan Sleman yang tinggal di kawasan yang disifatkan sebagai kawasan bencana itu enggan berpindah kerana menurut firasatnya gunung tersebut tidak akan memuntahkan laharnya.

Padahal saat itu, Gunung Merapi sudah masuk ke peringkat bakal meletuskan lahar pada bila-bila masa sahaja.

Bahkan Sri Sultan Hamengku Buwono X sempat memerintahkan dia untuk turun dari pergunungan itu. Rumah Mbah Maridjan hanya terletak empat kilometer sahaja dari puncak Merapi.

Namun beliau enggan mendengar arahan itu yang dianggap sebagai ingkar perintah Sultan.

Benar sungguh, Merapi tidak segawat yang diperkatakan ahli-ahli geologi. Firasat Mbah Maridjan itu menjadikannya popular.


Namanya terus melambung dan kemudian menjadi bintang iklan sebuah minuman bertenaga. Duit pun mengalir deras ke kantongnya.

Namun selebriti tua ini tidak menikmati keuntungan dari hasil duit iklan itu sendirian. Sebaliknya, dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat. Di daerah Kinahrejo, beliau bukan sahaja membangunkan masjid malah gereja hasil daripada wang tersebut.

Beliau dipetik sebagai berkata, biar warga di sana beribadah sesuai mengikut keyakinan masing-masing. Mbah Maridjan sendiri adalah seorang penganut Islam yang warak

Jasadnya ditemui para penyelamat dalam keadaan sedang sujud menyembah tuhan yang maha kuasa.

Selain itu, Mbah Maridjan acap kali menyalurkan beras kepada warga yang memerlukannya.

Mbah Maridjan dilahirkan di Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo, Cangkringan, Sleman pada tahun 1927.

Penglibatannya sebagai penjaga Gunung Merapi bermula pada tahun 1970 apabila ayahanda kepada Sultan Kraton sekarang melantiknya sebagai pembantu kepada pemegang kunci gunung.

Beliau dilantik sebagai pemegang kunci Gunung Merapi pada tahun 1982. Mbah Maridjan mempunyai beberapa anak, yakni Mbah Ajungan, Raden Ayu Surjuna, dan Raden Ayu Murjana.

Tuesday, October 19, 2010

Tips Lari Pagi/Berjogging

jogging
Lari pagi /berjogging sangat baik untuk menjaga kesehatan. Jantung dan paru-paru kita menjadi lebih kuat. Selain itu berat badan anda akan turun beberapa kg dan otot perut anda juga jadi tegang dan rata.
Meski anda sudah tua, katalah umur 50 tahun ke atas, jangan dianggap anda sudah tidak mampu lagi untuk lari pagi. If you can walk, then you can run. Jika anda boleh jalan, anda juga  mampu berlari. Bahkan di Independent disebut bahwa riset terhadap 6.500 orang tua menunjukkan bahwa orang tua umur 70 tahun yang suka jogging sama sehat fizikal dan otaknya dengan orang-orang yang berumur 50 tahun.
Bahkan George W Bush saat usia 55 tahun mampu berlari sekitar 5 km sebanyak 4 x dalam seminggu. Dia  mampu menempuh jarak 1,6 km hanya dalam waktu 8 minit.
Meski penelitian lain menunjukkan jogging boleh memberi cedera lutut dan kaki terhadap 57% orang tua, namun itu sebenarnya boleh diatasi dengan penggunaan kasut yang bersesuaian yang boleh mengurangkan atau mengelak kecederaan semasa berjogging.
Tapi jika memang anda selain tua atau sangat overweight, jangan memaksa untuk berjogging ,tak ada rotan, akar pun jadi. Jalan cepat pun tak masalah.
Untuk lari pagi sebaiknya dilakukan setelah matahari terbit, misalnya jam 6:00 pagi.
Gunakan kasut sukan yang bersesuian agar kaki anda tidak  melecet. Kemudian pilih trek yang aman. dan bersesuian , sebaiknya anda lari pagi/ berjogging bersama teman atau keluarga anda.
Berlarilah dengan melawan arus kendaraan jika trek anda tempat kenderaan lalu lalang.
Pakai pakaian sukan yang bersesuaian dan  Minum air putih dulu segelas agar segar dan jangan lupa buang air agar tidak mendatangkan masalah di tengah jalan.
Sebelum anda lari, sebaiknya anda berjalan kaki dulu sekitar 200 meter atau 5 minit untuk pemanasan. Sebaiknya setelah lari 100 meter, anda jalan santai sekitar 200 meter. Jika anda sudah tidak lelah, lari lagi sejauh 100 meter. Ini agar anda tidak cepat letih.
Kemudian minggu berikutnya, anda boleh tambah jarak lari anda sejauh 200 meter, minggu berikutnya tambah lagi sejauh 100 m jadi 300 m, dan seterusnya. Jarak lari sejauh 3-5 km juga sudah cukup untuk menjaga kesehatan. Idealnya dilakukan 5x seminggu. Namun jika tak mampu seminggu sekali juga tak masalah. Menempuh jarak 3 km selama 30 minit juga sudah cukup baik, apalagi jika anda sudah melewati masa golden age.
Saat lari, atur nafas anda. Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan. Setelah dada anda berasa penuh, baru keluarkan juga secara bertahap. Jika anda bisa berbual dengan baik saat berlari dengan teman anda, berarti nafas anda sudah tokcer…
Saat mau berakhir, sebelumnya jalan kaki dulu sekitar 5 minit untuk penyejukan (cooling down). Jangan terus duduk. Setelah suhu badan anda mulai turun dan keringat berhenti, baru anda mandi pagi.

Tips Mengurangi Efek Radiasi Komputer

Radiasi Komputer 
Berikut ini ada beberapa tips untuk mengurangi efek radiasi komputer.
1. Jaga jarak komputer dengan mata Anda, minima 50 cm.
2. Atur posisi monitor, sehingga atas monitor sejajar dengan mata Anda.
3. Atur pencahayaan sehingga tidak ada pantulan cahaya yang menyilaukan.
4. Berkediplah lebih sering untuk menjaga mata agar tidak kering (minima 5 minit sekali).
5. Gunakan filter monitor yang terbaik untuk mengurangi radiasi.
6. Sekali-kali menolehlah ke arah pandangan yang jauh untuk mengendurkan ketegangan di mata.
7. Setiap 2 – 3 jam, beristirahatlah sekitar 5 minit untuk mencegah keletihan mata dan juga badan dari radiasi (misalnya, pergi ke kamar kecil).
8. Jika anda sering menggunakan komputer milik orang lain yang tidak ada filter monitornya (misalnya anda presentasi di tempat lain), cubalah pakai kacamata dengan lensa khusus untuk mengurangi radiasi komputer.
9. Makanlah vitamin A agar mata anda senantiasa sehat. Vitamin A bisa dari wortel, susu, sayuran berwarna hijau, dan sebagainya.
10. Ada baiknya jika anda mengganti monitor CRT anda yang tebal dengan monitor LCD yang lebih tipis. Karena monitor LCD selain pemakaian wattnya lebih kecil ( hanya 60% dari CRT) juga radiasinya lebih rendah. Jadi lebih aman bagi mata anda.

Tuesday, October 12, 2010

Lawak Utara :)

KIK moa 2010


Kumpulan KIK BERSATU Jabatan Perikanan Bahagian Perlindungan Sumber,Kuala Kurau  mengadakan sesi  mesyuarat / penyediaan KIK di pejabat PIH Enggor,Kuala Kangsar ,persiapan mewakili Jabatan Perikanan Malaysia sempena Konvensyen KIK peringkat Kementerian Pertanian pada 7 Oktober 2010 di Putrajaya.


Bermalam di Hotel Ipoh City,Ipoh.

 Malam...Mus bawa kami pekena mee kicap kat kedai mak cik ni..antara yang terkenal kat bandaraya Ipoh...


 ..mee kicap menu orang cina yang telah di melayukan...best...


...walaupun depa kata mee kicap tu best...tapi selera lebih terbuka kepada mee kari ...huh..



5 Oktober 2010 menginap di Tower Regency Hotel,Ipoh - persiapan terakhir KIK moa 2010.







...antara sesi latihan,perbincangan dan persiapan yang dijalankan...

Monday, October 11, 2010

Kuala Kurau Our Family Pic

Shopping..



Menjelang Shawal 1431H..shopping kat Mega Mall ,Pacific Seberang Prai,Pulau Pinang.

Apa itu BMI (Body Mass Index)



Apa Itu BMI PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh webmaster   
09 January 2008
Pemakanan seimbang dan sihat adalah penting untuk tumbesaran setiap individu. Diet yang tidak menentu boleh mengakibatkan banyak penyakit berbahaya seperti diabetes,anoreksia, bulimia, obesity dan sebagainya. Tahukah anda apa itu Body Mass Index Body Mass Index adalah indeks jisim badan(is it?). Kenapa BMI itu perlu? BMI perlu supaya kita tahu adakah kita mengambil makanan secara bersesuaian atau sebaliknya. Body Mass Index boleh dikira dengan formula berikut:

- your weight in kg divide by (your height in meter multiply your height in meter)
- kg / (m x m).

BMI Classification:

18.5 or less - underweight
18.5 to 24.99 - normal
25 to 29.99 - overweight
30 to 34.99 - obesity (class 1)
35 to 39.99 - obesity (class 2)
40 and above - morbid obesity

Jika anda berada dalam keadaan underweight atau obesity, maka anda harus mula memikirkan diet anda. Biasanya berat badan dipengaruhi oleh pengambilan kalori. Jadi apakah jumlah yang sesuai dengan anda?

Untuk mengukur BMI anda silalah lawati laman web ini Halls