Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan semasa makan sama ada dirumah ataupun majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga menjaga sopan santun orang Melayu.Tapi kekadang Orang Melayu buat buat lupa dan anggap benda benda tu tahyul tapi ianya sekadar nak menipu anak anak masa kecil , yelah , kalu cakap benda yang betul pun manalah budak budak kecil nak faham ,Inilah serba sediki pantang larang orang tua tua pasal makan:-
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1-Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2-Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3-Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4-Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5-Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6-Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7-Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8-Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9-Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10-Makan pinggan bertindah nanti beristeri dua.
11-Makan sambil berjalan nanti akan dapat penyakit perut.
12-Makan buah berangan songsang nanti lambat dapat jodoh.
13-Makan nasi disenduk nanti payah dapat rezeki.
14-Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
No comments:
Post a Comment