Compleks rimba Belum terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Hutan Negeri Royal belum dan Hutan Simpan Temenggor dengan keluasan 300,000 hektar
atau hampir empat kali ganda Singapura ataupun dua kali ganda Negeri
Perlis.Tasik Temengor terletak di tengah tengahnya hasil daripada pembinaan
empangan eletrik hidro TNB.
Royal belum dan Hutan Simpan Temenggor adalah antara rimba
hujan tropika tertua ,terbesar dan terkaya kepelbagaiannya yang masih kekal di
bumi kita ini yang dianggarkan berusia 130 juta tahun.
Selain sebagai sebuah destinasi
pelancungan biasa. Ianya juga boleh dianggap sebagai destinasi menghayati
keagungan ciptaan Tuhan dan pengembaraan mengenal diri.
Sabtu - 7 Julai 2012 :
Pergerakan bermula seawal jam
5.00 pagi dari Kuala Kurau dengan menaiki kereta Tg.Zainal Abidin bersama
seorang lagi rakan En.Ilias bin Md Desa , jam 7.30 pagi singgah di pekan Gerik
untuk bersarapan, meneruskan perjalanan mengambil masa kira kira setengan jam
dari pekan Gerik untuk tiba di jeti Awam Pulau Banding.
10.00 pagi :
Seramai 22 orang peserta
terdiri daripada ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Jabatan Perikanan
Negeri Perak berkumpul di jeti Awam
Banding menerima taklimat daripada PP En.Salehuddin bin Ismail mengenai
Exspedisi Hutan Royal Belum,Hulu Perak 2012 – Penyediaan Inventori Ikan Asli Di
Sungai Kejar ,Tasik Temenggor,Hulu Perak.Pergerakan bermula dengan menaiki 5
buah bot injin sangkut 70 kuasakuda yang dikendalikan oleh pengusaha bot.
Destinasi pertama singgah di
Pulau x-ray bagi menjejak bunga Rafflesia, cabaran..kerana terpaksa mendaki
denai berair dan licin ,pergerakkan sesekali perlu berpaut pada tali untuk
melonjakkan diri dikawasan bercerun curam...alhamdullilah semua yang mendaki
berjaya tiba di lokasi.... agak memenatkan...namun hajat untuk melihat
Refflesia bekembang tidak kesampaian..hanya terdapat kudup kudup yang mengambil
masa enam hingga tujuh bulan lagi untuk berkembang...
11.00 pagi :
Meneruskan pergerakan dengan
satu formasi meredah kehijauan tasik sambil menikmati kehijauan rimba Belum yang menakjubkan menuju ke destinasi iaitu Kem Pelancungan Sg.Kejar.
Tiba di Kem Pelancungan Sg.Kejar..selesai memunggah
barangan yang di bawa..rehat dan makan tengah hari yang di sediakan oleh pihak
pengusaha pelancungan...
Kem Sg.Kejar adalah salah satu tempat sekumpulan gajah
gajah sering turun untuk mencari makanan , ini terbukti kerana terdapat najis-najis
gajah yang dikira masih baru bertaburan di sekitar kem...
4.00 ptg :
Bergerak ke salah satu
perkampungan orang asli di pesisir Sg.Kejar bagi meympurnakan beberapa aktiviti
di situ termasuk pelepasan benih benih ikan...
6.00 ptg :
Pergerakan balik ke kem
Sg.Kejar..rehat..solat..dan makan malam nasi berlaukan ikan tilapia bakar cicah
air asam/kicap dan ayam bakar...mmm
8.30 mlm :
Taklimat oleh Pengurus Taman
Negeri ,Iylia Ainudin dan perbincangan membabitkan PP En.Salehuddin bin Ismail
bersama para peserta mengenai usaha penambahbaikan, pembangunan dan kawalan...
Ahad - 8 Julai 2012 :
9.00 pg :
Selesai sarapan ..pergerakan
bermula dengan menaiki bot, perjalanan ke Santuari Ikan ,Sg.Rouk untuk
menjalankan Penyediaan Inventori Ikan Asli (Ikan Sebarau dan Ikan Kelah)..tiba
di Sg.Ruok peserta terpaksa melalui lereng-lereng bukit serta meredah denai
untuk sampai di kawasan air terjun yang
mena terdapatnya ikan-ikan asli...para perserta semakin teruja apabila
mendengar deruan air terjun...masing-masing tak sabar...
12.00 tgh :
Selesai tugas penyedian
inventori dan mandi manda...para perserta di jamu makan tengahari di sekitar
kawasan air terjun tersebut ...
Selesai makan tengahari para
peseta bergerak ke mini jeti Sg.Ruok menaiki bot masing-masing bergerak balik
ke jeti Awam Pulau Bandig
1.30 tgh :
Tiba di jeti Awam Pulau Banding
dan tamatlah sudah Exspedisi Hutan Royal Belum,Hulu Perak 2012 – Penyediaan
Inventori Ikan Asli Di Sungai Kejar ,Tasik temenggor,Hulu Perak dengan
selamatnya.
No comments:
Post a Comment