tttt

Image by FlamingText.com Image by FlamingText.com

Wednesday, November 24, 2010

LAMPU GARAM BUKIT



Penyelidikan saintifik dan empiric telah membuktikan lampu garam bukit mempunyai elemen biofizikal yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita melalui tiga proses iaitu:♦ Penghasilan ion negatif secara semula jadi    d    ♦ Penutralan dan pengimbangan frekuensi elektromagnetik.♦ Terapi cahaya bewarna (600-700 nanometer)




APAKAH ION NEGETIF
Berbilion-bilion ION negatif di hasilkan secara semulajadi melalui angin, cahaya matahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu ION negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. ION positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.
0 -100 -Dalam Bilik
0 - 200  -Dalam pejabat dengan sistem penghawa dingin.
20 - 250  -Dalam Pesawat
250 - 500  -Dalam Ruang Tamu
250 - 750  -Persekitaran perindustrian
Kuantiti ION negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkirkan bakteria dalam udara dengan cepat. Dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang lain.
kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam boleh meningkatkan ION Negatif (Vitamin Udara) sehingga 300% atau 3 kali ganda.





FUNGSI LAMPU GARAM
* Menutralkan dan  mempertingkatkan kualiti udara
* Mengurangkan pencemaran udara
 
* Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma
 
* Menyembuhkan luka
 akibat terbakar
* Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap
 perangsang deria.
* Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung
 di dalam udara yang ada di dalam  rumah
* Digunakan sebagai bahan terapi 
 penyinaran untuk meningkatkan imunisasi manusia.
* Melegkaan resdung
 (sinus), migrain, pening kepala, demam panas dan selsema. 
* Meningkatkan  tahap produktiviti kerja dan kosentrasi.
* Meningkatkan rapacity denyutan 
 jantung.
* Mengurangkan perasaan cemas dan berdebar-debar.
 

PENGGUNAAN LAMPU GARAM
* Tepi Katil - Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik
 dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik.
* Pejabat
 - Dapat meningkatkan tahap kosentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan.
* Bilik bacaan - Mewujudkan suasana yang menyegarkan
= dalam proses pembelajaran atau bacaan yang lebih lama.
*Tepi Komputer atau
  Meja Pejabat - Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasi daripada skrin monitor.
* Bilik Rawatan atau Terapi - Mewujudkan
 suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik.
* Ruang Rehat
 atau Ruang Tamu Samada di rumah mahupun di pejabat - menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni.
* Kawasan Merokok - Dapat
 menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat
* Feng Shui - Menambah
 tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik.


CARA PENJAGAAN
Batu garam mengandungi bahan "hygroscope"
* Bermakna ia mengeluarkan cecair dari persekitaran, oleh itu jauhkan ia daripada air.
* Letakkan di temapt kering atau hawa dingin pada setiap masa.
 
* Tidak sesekali meletakkan lampu di kawasan luar yang terdedah pada
 cahaya. Ia akan menyebabkan batu garam menjadi lembap. Dengan memasang lampu membolehkan ia kering dengan cepat.
* Lampu batu garam boleh dipasang
  setiap masa untuk pengudaraan yang bagus.
* Memasang lampu garam sentiasa
  bukan sahaja menghasilkan negatif ION tetapi ia menghindarkan kelembapan pada batu garam.
* Untuk membuang habuk pada batu garam, gunakan kain cotton
= atau span untuk mengelapnya.

* Untuk mengganti mentol lampu, tarik pemegang mentol dengan berhati-hati.

Friday, November 12, 2010

Perginya Seorang Sahabat..Al Fatihah..

..perginya seorang sahabat, rakan & teman...seorang insan mulia yang sukar dicari ganti...terasa airmata bergenang takala menerima berita duka ini...perjuangan mu agak berliku...bersemangat kental walaupun dalam kelemahan...bak sebatang lilin menerangi sekeliling tetapi diri sendiri terbakar...jasamu akan sentiasa disanjung dan dikenang...NAZLAN SUDIN 1963 - 2010...semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh mu...amin..

Thursday, November 11, 2010

..Hantu Bercerita..








Dua orang hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati:

Hantu 1 : "Bagaimana kau boleh mati?



Hantu 2 : "Aku mati akibat kesejukan..."

Hantu 1 : "Macam mana rasanya mati dalam kesejukan tu?"


Hantu 2 : "Sebenarnya aku terkurung di dalam peti es...., mula2 aku
Cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian
aku rasa dunia aku gelap, dan akhirnya.... ... tapi aku rasa
bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan......."

Hantu 1 : "Ishh... kesiannya kau"

Hantu 2 : "Kau pulak?, Macam mana kau boleh mati...?

Hantu 1 : "Aku kena serangan sakit jantung..."

Hantu 2 : "Ooooo....macam mana kau boleh kena serangan sakit jantung...?"

Hantu 1 : "Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari....,
aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut
lelaki dekat depan pintu...., Ku tahu isteri aku sedang
bermesra dengan jantan lain. Aku berlari masuk bilik kamar
tidur, cuma ada isteri aku..... aku tahu mesti jantan tu
bersembunyi dekat mana-mana..... aku lari masuk bilik air,
tak de juga, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok
dalam setor, pun tak ade, kemudian aku berlari naik ke
tingkat atas semula, tengok dalam almari... , sebab terlalu
penat aku berlari lalu aku kena sakit jantung.... memang
sakit dan akhirnya ....AKU.... MATIIII...."

Hantu 2 : "Alamak..... kau tak tengok dalam peti es.... kalau
tak....,kita berdua masih hidup lagi sekarang ni...."

Tuesday, November 9, 2010

PANTANG LARANG MAKAN ORANG MELAYU ZAMAN DAHULU.

Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan semasa makan sama ada dirumah ataupun majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga menjaga sopan santun orang Melayu.Tapi kekadang Orang Melayu buat buat lupa dan anggap benda benda tu tahyul tapi ianya sekadar nak menipu anak anak masa kecil , yelah , kalu cakap benda yang betul pun manalah budak budak kecil nak faham ,Inilah serba sediki pantang larang orang tua tua pasal makan:-

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1-Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2-Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3-Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4-Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5-Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6-Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7-Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8-Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9-Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10-Makan pinggan bertindah nanti beristeri dua.
11-Makan sambil berjalan nanti akan dapat penyakit perut.
12-Makan buah berangan songsang nanti lambat dapat jodoh.
13-Makan nasi disenduk nanti payah dapat rezeki.
14-Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Monday, November 1, 2010

Jom Pekena Doli Taiping


Inilah restoran doli yg terletak di bandar Taiping,Perak.Makanan yang dikira speacial kat sini ialah koey teow goreng,ianya dimasak dengan dapur arang.Ala zaman 50an.Rasanya pun sedap.Nasi ayam pun best jugak...lain dari yg lain.Menu lain pun ada jugak.Harga memang berpatutan.So kalau anda ke Perak singgah le ke Taiping pekena DOLI.