tttt

Image by FlamingText.com Image by FlamingText.com

Thursday, September 3, 2015

Beriadah di Taman Tasik Taiping

Menikmati keseronokan dan kepuasan melakukan aktiviti hujung minggu berjogging dan beriadah bersama keluarga tersayang di Taman Tasik Taiping..











Monday, September 17, 2012

Exspedisi Hutan Royal Belum,Hulu Perak 2012 – Penyediaan Inventori Ikan Asli Di Sungai Kejar ,Tasik Temenggor,Hulu Perak



Compleks rimba Belum terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hutan Negeri Royal belum dan Hutan Simpan Temenggor dengan keluasan 300,000 hektar atau hampir empat kali ganda Singapura ataupun dua kali ganda Negeri Perlis.Tasik Temengor terletak di tengah tengahnya hasil daripada pembinaan empangan eletrik hidro TNB.

Royal belum dan Hutan Simpan Temenggor adalah antara rimba hujan tropika tertua ,terbesar dan terkaya kepelbagaiannya yang masih kekal di bumi kita ini yang dianggarkan berusia 130 juta tahun.

Selain sebagai sebuah destinasi pelancungan biasa. Ianya juga boleh dianggap sebagai destinasi menghayati keagungan ciptaan Tuhan dan pengembaraan mengenal diri.

Sabtu - 7 Julai 2012 :

Pergerakan bermula seawal jam 5.00 pagi dari Kuala Kurau dengan menaiki kereta Tg.Zainal Abidin bersama seorang lagi rakan En.Ilias bin Md Desa , jam 7.30 pagi singgah di pekan Gerik untuk bersarapan, meneruskan perjalanan mengambil masa kira kira setengan jam dari pekan Gerik untuk tiba di jeti Awam Pulau Banding.

10.00 pagi :
Seramai 22 orang peserta terdiri daripada ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak  berkumpul di jeti Awam Banding menerima taklimat daripada PP En.Salehuddin bin Ismail mengenai Exspedisi Hutan Royal Belum,Hulu Perak 2012 – Penyediaan Inventori Ikan Asli Di Sungai Kejar ,Tasik Temenggor,Hulu Perak.Pergerakan bermula dengan menaiki 5 buah bot injin sangkut 70 kuasakuda yang dikendalikan oleh pengusaha bot.


Destinasi pertama singgah di Pulau x-ray bagi menjejak bunga Rafflesia, cabaran..kerana terpaksa mendaki denai berair dan licin ,pergerakkan sesekali perlu berpaut pada tali untuk melonjakkan diri dikawasan bercerun curam...alhamdullilah semua yang mendaki berjaya tiba di lokasi.... agak memenatkan...namun hajat untuk melihat Refflesia bekembang tidak kesampaian..hanya terdapat kudup kudup yang mengambil masa enam hingga tujuh bulan lagi untuk berkembang...





11.00 pagi :
Meneruskan pergerakan dengan satu formasi meredah kehijauan tasik sambil menikmati kehijauan rimba Belum  yang menakjubkan menuju ke destinasi  iaitu Kem Pelancungan Sg.Kejar.








12.00 tgh:
Tiba di Kem Pelancungan Sg.Kejar..selesai memunggah barangan yang di bawa..rehat dan makan tengah hari yang di sediakan oleh pihak pengusaha pelancungan...
Kem Sg.Kejar adalah salah satu tempat sekumpulan gajah gajah sering turun untuk mencari makanan , ini terbukti kerana terdapat najis-najis gajah yang dikira masih baru bertaburan di sekitar kem...







4.00 ptg :
Bergerak ke salah satu perkampungan orang asli di pesisir Sg.Kejar bagi meympurnakan beberapa aktiviti di situ termasuk pelepasan benih benih ikan...









6.00 ptg :
Pergerakan balik ke kem Sg.Kejar..rehat..solat..dan makan malam nasi berlaukan ikan tilapia bakar cicah air asam/kicap dan ayam bakar...mmm

8.30 mlm :
Taklimat oleh Pengurus Taman Negeri ,Iylia Ainudin dan perbincangan membabitkan PP En.Salehuddin bin Ismail bersama para peserta mengenai usaha penambahbaikan, pembangunan dan kawalan...


Ahad - 8 Julai 2012 :
9.00 pg :
Selesai sarapan ..pergerakan bermula dengan menaiki bot, perjalanan ke Santuari Ikan ,Sg.Rouk untuk menjalankan Penyediaan Inventori Ikan Asli (Ikan Sebarau dan Ikan Kelah)..tiba di Sg.Ruok peserta terpaksa melalui lereng-lereng bukit serta meredah denai untuk sampai di kawasan air terjun  yang mena terdapatnya ikan-ikan asli...para perserta semakin teruja apabila mendengar deruan air terjun...masing-masing tak sabar...











12.00 tgh :
Selesai tugas penyedian inventori dan mandi manda...para perserta di jamu makan tengahari di sekitar kawasan air terjun tersebut ...
Selesai makan tengahari para peseta bergerak ke mini jeti Sg.Ruok menaiki bot masing-masing bergerak balik ke jeti Awam Pulau Bandig

1.30 tgh :
Tiba di jeti Awam Pulau Banding dan tamatlah sudah Exspedisi Hutan Royal Belum,Hulu Perak 2012 – Penyediaan Inventori Ikan Asli Di Sungai Kejar ,Tasik temenggor,Hulu Perak dengan selamatnya.





Tuesday, June 19, 2012

Selamat Pengantin Baru Mufidah & Johan..

" Selamat Pengantin Baru" kepada anakpenakan aku...Mufidah Idris dengan pasangannya Johan Bakar..yang telah selamat menjadi suami isteri pada 27 May 2012..semoga bahagia berkekalan selamanya..

Sunday, July 17, 2011

Pisau / Golok Antara Seni Pembuatan Warisan Melayu..

Antara Warisan Melayu yang masih kekal hingga ke hari ini ialah seni pembuatan keris, parang, pisau,golok dan pelbagai senjata Melayu.
Semalam aku dihadiahkan sebilah pisau / Golok lengkap bersarung oleh seorang sahabat...pisau/ golok berukuran 6" ini ditempah khas semata mata untuk di hadiahkan kepada aku...entah kenapa ianya dihadiahkan aku pun tak tahu...mata pisau diperbuat daripada sabit kelapa sawit manakala sarung dan hulunya pula daripada kayu Stang yang dibuat oleh seorang tukang mahir di Batu Kurau...pisau / golok ini amat sesuai untuk aktiviti melapah,memotong daging – korban, aqiqah atau kenduri.



Apa pun terima kasih buat Mahuddin bin Kanda atas pemberian ikhlas ini...